Top Food

Kali kedua ke Terengganu barulah berjaya ke tempat membuat keropok lekor terkenal di Seberang Takir iaitu Keropok Lekor Bukit Tok Beng @ Keropok Tok Beng @ BTB2209. Yalah, kalau ke Terengganu tak sah kalau tak makan keropok lekor sedap kan. Sebelum gi ke Tok Beng ni saya ada la jugak tanya dengan kengkawan mana nak cari, rupa2nya saya lalu jalan ni masa nak ke Kuala Terengganu cuma tak perasan.

Hotness:
Like this:
Average: 8 (1 vote)
State:
Terengganu

semasa kecil saya suka sekali kalau dapat menikmati roti (panggilan orang utara pada biskut). semuanya memberi kenikmatan yang rasanya sama dengan KFC atau McD ketika ini pada anak-anak saya. biskut ini bermusim sifat popularnya. satu ketika mungkin biskut merry (mary) atau sewaktu dengannya, apabila ada majlis kenduri atau kematian tentu ada biskut mayat... hahahahahaha nama untuk biskut empat segi tawar macam cream cracker. atau kalau mak atau kakak sulung saya bersalin maka penuh la rumah dengan roti lutut.

abang saya rasanya paling suka dengan biskut pat segi gula ( kreker empat segi dengan taburan gula atasnya) atau pat segi tawaq saja. yang paling penting air sebagai medium untuk diredam atau dicicah biskut tadi. kalau dapat air teh susu sudah cukup lumayan, biasanya kami pekena bersama teh atau kopi o saja. sedapnya sampai berebut-rebut biskut tadi.

Hotness:
Like this:
Average: 9 (1 vote)
State:
Kuala Lumpur