Homestay Kampung Tok Lembut Langkawi

HOMESTAY KAMPUNG TOK LEMBUT terletak di Simpang Tiga, Jalan Pantai Tengah, Temonyong, Mukim Kedawang, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Direka berdasarkan inspirasi rumah kayu kampung dengan suasana kampung berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau dan diteduhi dengan pohon-pohon kelapa yang sangat menarik.

LOKASI

Lokasi homestay ini adalah sangat strategik. Ianya terletak bersebelahan jalan utama dengan hanya 1.9 km daripada Pantai Tengah dan 2.2 km daripada Pantai Cenang yang menjadi antara tarikan utama di Pulau Langkawi.

ANTARA LOKASI-LOKASI MENARIK BERDEKATAN:

Underwater World - Pusat akuarium, pusat membeli belah dan cafe (2.2 km)

Cenang Mall - Pusat membeli belah dan pusat makanan segera dan cafe (2.3 km)

Pantai Tengah - Pantai perkelahan, resort peranginan dan sukan air (1.9 km)

Pantai Cenang - Pantai perkelahan, resort peranginan, sukan air, kawasan membeli-belah dan pusat makanan serta hiburan (2.3 km)

Masjid Besar Temonyong - Masjid besar yang dilengkapi dengan penghawa dingin (500 m)

Like this: 
Average: 10 (1 vote)
Langkawi Kedah 07000

Category: