Restoran BP Bariani Power di Batu Pahat Terbaiklah!

Selalu cerita tentang restoran-restoran sekitar Lembah Klang je. Kali ni aku lari jauh sikit la, nak cerita tentang restoran kat Batu Pahat pulak, kampung Dude.

Aku memang bersyukur gila dapat kahwin dengan Dude yang memang orang Batu Pahat. Banyak gila tempat makan best-best kat Batu Pahat <— (reason yang sangat kukuh untuk aku bersyukur dapat kawin dengan Dude.. hohoho). Banyak je tempat yang pernah di try, tapi sebab masa tu tak aktif blogging lagi konon, takde la nak ambik gambar. Kalau ada niat untuk ambik gambar pun, biasanya lepas habis makan, baru nak ingat. Hehehe.

Kalau sebut Batu Pahat, antara salah satu makanan utama yang akan terlintas dalam fikiran kebanyakkan orang haruslah Nasi Beriani. Yang famous dan ada banyak ‘jenis’ Nasi Beriani adalah dekat ‘Benteng’, betul-betul tepi jambatan sebelum masuk bandar, depan Putra Specialist. Antara nasi beriani yang glemer kat sini ialah Nasi Beriani Gam Mat Syah. Sebab yang ni paling hampir dengan kampung Dude, so 2-3 kali jugak pernah makan sini or bungkus. Tapi aku suka tukar-tukar, tak ambik Mat Syah punya semata..

sambungan : http://nadot.my/2013/01/restoran-bp-bariani-power-di-batu-pahat-terbaikl...

Like this: 
Average: 9 (190 votes)
Batu Pahat Johor 87000

Category: